Nasional

Lelaki ditemui mati di tanah perkuburan

SEORANG lelaki ditemui mati di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panji Alam, di sini, semalam.

Lelaki dikenali sebagai Kamal Mohd, 52, ditemui terbaring di pondok di tanah perkuburan itu oleh Faizol Taib, 38, ketika melalui kawasan itu, jam 5 petang.

Faizol berkata, dia cuba membangunkan mangsa yang disangkanya sedang tidur.

Dia mengesyaki mangsa telah meninggal dunia apabila dia tidak sedarkan diri.

“Saya memberitahu orang ramai yang berada di sekitar tanah perkuburan tetapi mereka tidak mengendahkan saya, kerana mereka menyangka saya bergurau.

Semalam, ketika saya melalui kawasan ini, saya melihat mangsa tidak sihat dan batuk.

“Hari ini (semalam), apabila saya melihatnya terbaring, saya menyangkakan dia sedang tidur dan cuba membangunkannya, tetapi nampaknya dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa meninggalkan rumahnya di Kampung Bukit Depu, dekat, di sini, lebih sebulan lalu.

Mangsa dikatakan menjadikan tanah perkuburan itu sebagai tempat bermalam.

Difahamkan, mangsa menghidap kencing manis dan batuk kronik namun enggan mendapatkan rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button