Berita

Berhati-hati jerat penipuan online, Titah Raja Muda Perlis

Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ‘Jenayah Penjualan Barangan Tidak Wujud Melalui Online’, masyarakat tanpa mengira usia diingatkan supaya jangan terlalu mudah untuk percaya kepada orang yang tidak dikenali dan sentiasa wujudkan syak wasangka demi kebaikan.

Lakukan pemeriksaan atau pengesahan dengan pihak yang berkaitan seperti pihak bank dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima kunjungan mengadap oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM, CP Datuk Seri Hj Mazlan Lazim yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke negeri Perlis.

Hadir sama ialah Ketua Polis Negeri, SAC Datuk Surina Saad, Timbalan Ketua Polis Negeri ACP Baderulhisham Baharudin dan Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew.

Peringatan Tuanku Raja Muda lagi ialah, ‘Jangan sesekali beri pinjam akaun bank kepada orang lain iaitu ‘Keldai Akaun’ serta semaklah terlebih dahulu terhadap sesuatu barang yang hendak dibeli’.

‘Jika telah menjadi mangsa, jangan padam sebarang bentuk komunikasi dengan suspek seperti email, sms, whatsapp, log panggilan dan sebagainya untuk memudahkan proses siasatan. Buatlah laporan polis di mana-mana Balai Polis yang berhampiran dengan segera. Serahkan segala bukti serta ceritakan perkara yang sebenar kepada pihak Polis’ tegas Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Terdahulu baginda diiringi CP Datuk Seri Hj Mazlan menghadiri program ‘MAIPs Peduli’ bagi menyampaikan bantuan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan juga sumbangan ikhlas daripada warga Ibu Pejabat Kontinjen PDRM Perlis kepada empat buah keluarga asnaf terpilih di sekitar kawasan Seriab dan Kg Titi Tok Bandar dekat Kangar.

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button