Nasional

Lelaki dipercayai mabuk lempar pinggan kaca ke arah polis

SEORANG lelaki yang dipercayai mabuk telah ditahan selepas mengamuk dan membaling pinggan kaca hingga menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan lelaki itu kira-kira pukul 2 pagi tadi.

“Dua anggota telah tiba ke sebuah rumah di kawasan Damansara Damai dan terdapat seorang lelaki berusia 48 tahun yang dilaporkan mengamuk.

“Suspek yang juga penghuni rumah tersebut telah membaling pinggan kaca ke arah anggota polis hingga mengakibatkan kecederaan di bahagian siku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, suspek juga ketika itu memegang sebilah pisau pemoton daging dan tukul besi di kedua-dua belah tangannya serta cuba menyerah polis.


Ujarnya, suspek juga turut mengeluarkan kata-kata kesat yang berbaur penghinaan terhadap anggota tersebut.

“Suspek kemudian telah ditahan dan berlaku pergelutan kerana tindakannya yang agresif semasa hendak diberkas.

“Semakan rekod lampau juga mendapati suspek mempunyai lebih dariapda lima rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” katanya.

Sementra, kedua-dua anggota polis yang cedera di bahagian siku dan kecederaan lain di beberap bahagian badan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. -SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button