Nasionalpilihan

Lelaki dengan 19 rekod jenayah dan miliki ‘kad kuasa polis’ ditahan

SEORANG lelaki ditahan kerana memiliki peralatan dan dokumen polis yang digunakan untuk tujuan jenayah.

Suspek yang berusia 40 tahun dan bapa kepada dua orang anak itu ditahan di rumanya di Kampung Klang Gate Bharu, Kuala Lumpur kira-kira pukul 7.26 malam kelmarin.

Difahamkan, ketika pemeriksaan dilakukan terhadap suspek, polis turut menemukan satu dokumen yang menyerupai kad kuasa polis yang disimpan di dalam telefon suspek.

Pemeriksaan ke dalam rumah suspek kemudian turun menemukan pelbagai barangan peralatan polis seperti vest warna hijau tertera tulisan polis, uniform polis, seunit lencana integriti amalan kita, collar badge polis, pelekat polis dan sebilah pedang samurai.

Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek bekerja sebagai pembersih hotel.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 19 rekod jenayah sejak tahun 2000 antanya kes samun, pecah rumah dan menyamar polis.

“Ketika ditahan, hanya suspek bersama anak lelakinya sahaja yang berada di rumah manakala isterinya keluar bekerja,” katanya.

Jelas Mohamad Farouk, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Meth dan menerusi penahanan suspek ini, pihaknya telah menyelesaikan empat kes iaitu satu ked di Ampang manakala tiga lagi kes di Gombak.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis, Seksyen 94 akta sama dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952. -SM

(Visited 637 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button