Nasional

Lelaki cederakan isteri, dua anak dipenjara tiga tahun

Seorang lelaki yang mengamuk mencederakan isteri dan dua anaknya dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini.

Gara-gara hilang sabar kerana kehabisan rokok membawa padah buat tertuduh, Rony Abraham, 37,apabila Hakim Mohd. Sabri Ismail tidak teragak-agak menjatuhi hukuman tersebut.

Tertuduh mengaku bersalah atas empat pertuduhan dalam dua prosiding berasingan di di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.

Di Mahkamah Sesyen, Rony didapati menyebabkan kecederaan kepada isterinya, Nazifah Mohd. Salleh, 38, dengan cara mencucuh puntung rokok di tangan kanan dan mata kiri mangsa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sementara itu di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, tertuduh turut mengaku bersalah bagi tiga pertuduhan atas kesalahan memukul isteri serta dua anaknya berusia 12 dan 13 tahun.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didapati menyebabkan kecederaan kepada pengadu yang juga isterinya dengan memukul pipi kiri dan seluruh badan wanita itu menggunakan tangan.

Tertuduh bertindak kejam apabila menumbuk mulut anak perempuannya yang berusia 13 tahun dan menendang belakang badan anak lelakinya yang berumur 12 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM 2,000 atau kedua-duanya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Bukit Tempayan, Tanjung Kling di dalam daerah Melaka Tengah antara pukul 7.00 pagi hingga 11.00 pagi, pada 17 Oktober lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia sudah insaf selain anak-anak yang masih kecil.

Hakim Mohd Sabri pada penghakimannya kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bermula dari tarikh di tangkap pada 23 Oktober lalu atas pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Manakala Majistret Sharda Shienha menetapkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap tiga pertuduhan di bawah Seksyen 323 kanun sama.

Kesemua hukuman itu bagaimanapun hukuman itu berjalan serentak daripada tarikh sabitan menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman tiga tahun penjara.

Prosiding pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Fiqri Hakim Zamri – SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button