Politik

Boleh kritik tapi jangan sampai menghina-Anwar

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menasihatkan para pemimpin termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang suapaya menjaga lisan daripada mengeluarkan kata-kata kesat serta hinaan dalam berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Anwar berkata, pihaknya bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan dan pandangan selagi tidak melampaui batas.

“Kita politik cakap tegas boleh…saya dengar ceramah cakap Anwar khianat, bodoh..dulu dia kata apa PM tepi.

“Jadi, saya nak nasihat jangan sombong. Tidak mengapa, tidak akan semua saya buat betul.Boleh tegur, boleh bagi pandangan.

“Tetapi jangan hina bodoh, penipu semua saya cakap itu penipu,” katanya dalam Ceramah Umum Perpaduan di Dataran Anak Muda, Taman Medan.

Dalam pada itu, Anwar turut menyangkal tuduhan yang mengatakan kononnya dirinya dan kerajaan perpaduan angkuh serta zalim dengan menegaskan pentadbirannya mengamalkan sikap adil dan bebas rasuah.

“Sekarang dia (pembangkang) panggil kita zalim. Zalim sebab hadapkan dia ke mahkamah sebab rasuah, bukan keputusan saya. Saya masuk keluar penjara, duduk dalam penjara hampir 11 tahun.

“Dah jadi perdana menteri bukan kerja saya nak zalim, buat apa Allah uji saya sebegitu teruk, bukan saya sahaja, Wan Azizah, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan dalam perjuangan turut menghadapinya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan baki beberapa hari lagi sebelum menjelang PRN, semua parti dapat berkempen secara baik dan mengelakan sebarang permusuhan.

“Kempenlah dengan baik tidak payah dengki, tak payah cerca kerana akhirnya kita kawan-kawan juga, keluarga juga,” katanya. – SM

BACA PRN: Pertukaran calon saat akhir perkara biasa – Anwar

BACA PRN Negeri Sembilan: Pengundi DUN Lenggeng jangan salah pilih calon

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button