Nasional

Lelaki buat aksi bahaya atas motosikal ditahan

Polis menahan seorang lelaki kerana menunggang motosikal dengan aksi yang membahayakan semalam.

Difahamkan, aksi tersebut dilakukan ketika suspek berada di Jalan Kuching pada kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Trafik Tun HS Lee pada 8.45 malam.

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menjalani ujian saringan air kencing dan disahkan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Terdahulu, video lelaki itu tular selepas dirakam seorang pengguna media sosial kerana membawa motosikal sambil meletakkan kaki di bahagian pemegang motosikal.

Polis kemudian mula mencari suspek kerana membawa motosikal dengan cara yang membahayakan. -SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button