Luar Negara

Dua juruterbang terbunuh, kejadian pesawat Tentera Udara Pakistan terhempas

DUA juruterbang terbunuh dalam satu kejadian sebuah pesawat Tentera Udara Pakistan bagi tujuan latihan terhempas, di Karachi, semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera udara, pesawat itu dilaporkan terhempas berhampiran Peshawar ketika misi latihan rutin.

Bagaimanapun, jurucakap tentera berkata tiada kehilangan nyawa atau harta benda dilaporkan di lapangan.

Ibu Pejabat Udara turut diarah lembaga siasatan untuk mencari punca berlakunya kejadian tersebut.

Kebelakangan ini dan beberapa tahun yang lalu, angkatan bersenjata Pakistan mengalami beberapa kemalangan melibatkan nahas seorang juruterbang jet wanita dalam latihan, pada November 2015.

Pada Mei 2015, sebuah helikopter tentera yang membawa diplomat untuk memeriksa projek pelancongan juga terhempas dan membunuh tujuh orang, termasuk duta Norway dan Filipina.

Satu lagi helikopter tentera yang digunakan sebagai ambulans udara terhempas pada Ogos 2015 berhampiran daerah utara Mansehra, mengorbankan 12 orang. – Berita Harian — SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button