Nasional

Lelaki bertuala, tidak berbaju cabul rakan serumah di tahan

POLIS menahan seorang juruteknik kerana disyaki mencabul seorang wanita yang juga rakan serumahnya di Taman Gembira, Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, lelaki itu berusia 38 tahun itu ditahan sekitar pukul 8 malam di rumah sewa terbabit.

Katanya, ketika kejadian mangsa, wanita berusia 25 tahun berada di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang mana suspek turut menyewa bilik di rumah itu.

“Mangsa mendakwa suspek yang hanya bertuala dan tidak berbaju mendekati dan memeluk mangsa dari bahagian hadapan.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan Seksyen 380, Kanun Keseksaan.
Suspek direman tiga hari dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan.

 

(Visited 429 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button