Nasional

Lelaki bawa kenderaan curi langgar kereta polis

SEORANG lelaki yang memandu kenderaan curi melarikan selepas melanggar kereta polis ketika ditahan di Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway kira-kira pukul 7.25 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek yang memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback berwarna kelabu telah ditahan sebelum itu selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila pemeriksaan cuba dibuat, kenderaan tersebut telah mengundur dengan laju sehingga melanggar kenderaan peronda polis.

“Suspek kemudian melarikan diri dan berjaya disekat di jalan susu keluar Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Suspek sekali lagi mengundurkan kenderaan dan melanggar kereta peronda polis buat kali kedua,” katanya.

Menurut Abd Khalid, perlanggaran kali ini menyebabkan kenderaan polis rosak teruk di bahagian hadapan dan tidak bergerak.

Jelasnya, suspek bagaimanapun telah melarikan diri bersama kenderaan tersebut manakala anggota yang terlibat juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang digunakan oleh suspek pernah dilaporkan hilang pada 21 Jun 2021 di Batu 9, Cheras.

“Suspek kini sedang diburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cubaan membunuh), Seksyen 186 KK (Menghalang penjawat awam), Seksyen 188 KK (Mengingkari perintah oleh penjawat awam) dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (Memandu secara melulu),” katanya.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian atau kenderaan yang digunakan suspek boleh berhubung dengan nombor telefon 03-56210343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya). -SM

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button