Luar Negara

Lelaki anti-vaksin letak ‘super glue’ dalam kunci pusat vaksinasi

SEORANG lelaki berusia 53 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 12 minggu kerana telah meletakkan ‘super glue’ dalam kunci pusat vaksinasi Covid-19 di Lowestoft Road di Gorleston.

Menurut BBC, Hayden Brown melakukan perbuatan itu pada 26 November lalu bagi menghalang 504 individu daripada menerima dos vaksinasi.

Semua janji temu untuk mengambil vaksin pada hari itu terpaksa dibatalkan kerana pusat vaksinasi tersebut tidak dapat dibuka.

Brown mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Norwich kerana menyebabkan kerosakan jenayah dan menganggu orang awam dengan menghalang 504 orang daripada menerima vaksin Covid-19.

Dia turut mengaku memiliki ganja yang ditemui di kediamannya berikutan penahanannya.

Dia ditahan pada Selasa selepas dikenal pasti dalam rakaman kamera pengawasan yang dipasang selepas dua kejadian sebelumnya pada November.

Superintendan, Nathan Clark berkata bahawa gangguan itu menyebabkan banyak kesusahan kepada orang awam, terutamanya orang tua dan mereka yang memutuskan untuk mendapatkan vaksinasi.

“Sebilangan besar daripada 504 orang yang terjejas adalah warga emas.

“Gangguan ini akan menyebabkan kebimbangan besar kepada mereka yang telah memilih untuk divaksinasi dan kemudian tidak dapat hadir,” katanya. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button