MahkamahNasional

Leissner pegawai penting Goldman 1MD bukan Roger Ng

PEGUAM kepada Roger Ng, Marc Agnifilo berkata, Tim Leissner adalah pegawai bank Goldman Sachs Group Inc yang membina hubungan penting dalam skandal 1MDB, bukan anak guamnya.

ROGER NG

Marc Agnifilo berkata, itulah sebabnya pemeriksaan balasnya terhadap Leissner sering menyentuh tentang kehidupan peribadi pegawai bank berkenaan.

Ng dituduh bersubahat melanggar undang-undang antipengubahan wang haram Amerika Syarikat yang membabitkan dana 1MDB.

“Pendirian kami adalah semua hubungan yang dibinanya bersifat strategik,” kata Agnifilo.

Beliau berkata, Leissner memainkan peranan penting bukan sahaja dalam kapasitinya sebagai kakitangan Goldman yang cekap malah dalam hubungan peribadinya.

Ng dituduh bersubahat dengan Leissner dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dalam satu skim untuk memberi rasuah kepada pegawai-pegawai rasmi di Malaysia dan Abu Dhabi dan menyeleweng ratusan juta dolar daripada 1MDB.

Leissner yang mengaku bersalah pada tahun 2018 adalah saksi utama kerajaan dalam perbicaraan Ng yang disifatkannya sebagai mengekalkan hubungan Goldman dengan Ng dan yang lain.

Bagaimanapun, menurut Ng, Leissner iaitu bekas bosnya, menerajui hubungan-hubungan tersebut.

Agnifilo mengemukakan hujah untuk memasukkan sebagai keterangan e-mel antara Leissner dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan yang juga kekasih gelap Leissner.

“Ia relevan memandangkan Leissner memberi keterangan bahawa Ng yang mempunyai ‘hubungan penting’ untuk membantu mencapai perjanjian-perjanjian terbabit.

“Leissner membabitkan Roger dalam semua ini sedangkan dia yang menggunakan kaitannya. Kadangkala, dia menggunakan keintiman,”kata Agnifilo.

Hakim berkata, beliau akan mempertimbangkan sama ada akan membenarkan keterangan tersebut sebelum membuat keputusan. – SM

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button