Rencah Hidup

Pengebumian negeri buat pejuang Iban, Awang Raweng

Pengebumian negeri diberikan kepada mendiang Datuk Awang Raweng yang meninggal dunia semalam sebagai tanda penghormatan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, jasad mediang akan dikebumikan di sisi pahlawan gagah berani Sarawak di Makam Pahlawan Kuching Isnin ini.

Awang Raweng adalah seorang pejuang hebat dan akan sentiasa dikenang sebagai seorang legenda dalam sejarah moden Sarawak.

“Seluruh rakyat Sarawak turut bersedih bersama ahli keluarga mendiang dengan pemergian ini, dan bagi pihak semua, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada mereka. Dedikasi dan keberanian mendiang telah membawa penghormatan besar kepada negeri dan negara,” katanya.

Dalam satu kenyataan Douglas Uggah berkata, mendiang adalah satu lambang dedikasi penuh terhadap tugas serta tanggungjawab, di samping memiliki keberanian yang luar biasa, dan kehilangannya pasti dirasakan oleh seluruh rakyat Sarawak.

Menurutnya mendiang adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang dianugerahkan dengan George Cross Medal, anugerah sivil tertinggi Britain terhadap keberaniannya sebagaimana yang direkodkan dalam London Gazettee pada 20 November 1951.

Mendiang menjadi satu lagi inspirasi bagi rakyat Sarawak dalam mengharungi apa jua cabaran yang datang.-SM

(Visited 359 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button