Nasional

Lebih sejuta rakyat akan jadi penganggur jika aktiviti ekonomi disekat dalam PKP 3.0

LEBIH sejuta rakyat tempatan akan bergelar penganggur jika sekatan ekonomi dilaksanakan kini sama seperti yang pernah dilakukan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 sebelum ini.

Lebiih membimbangkan, pengangguran ini adalah tidak sekata dan lebih tertumpu kepada golongan yang bekerja sendiri, belia, wanita dan mereka yang berkemahiran rendah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan akan memastikan ekonomi terus beroperasi demi kesejahteraan rakyat.

“PKP 1.0 telah mengakibatkan kerugian sebanyak 2.4 billion sehari kepada ekonomi dan kadar pengganguran juga melonjak naik sehingga 5.3% pada Mei tahun lalu.

“Malah, jumlah itu adalah kadar pengangguran tertinggi sejak krisis komoditi melanda negara pada 80-an,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, penutupan ekonomi juga akan memberi kesan kepada 2.8 juta rakyat yang bekerja sendiri, PKS mikro dan usahawan kecil.

Disebabkan itu juga kerajaan membuat keputusan untuk membuat PKP secara bersasar kepada aktiviti khusus yang berdasarkan pengalaman sebelum ini.

“Kadar penggauran pada mac 2021 telah turun kepada 4.7 % namun kita masih jauh daripada kadar pengangguran sebelum covid melanda negara iaitu 3.2 % pada 2019

“Sektor ekonomi perlu terus beroperasi supaya dapat cari nafkah untuk diri sendiri dan rakyat yang tersayang,” katanya.

Selain daripada peningkatan kadar pengangguran dan pengurangan pendapatan bagi golongan rentan, Tengku Zafrul berkata, data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan bahawa lebih daripada RM57 bilion telah dikeluarkan oleh 6.4 juta ahli melalui inisiatif i-Sinar.

Pada masa sama, kata beliau, RM20.8 bilion telah dikeluarkan oleh 5.3 juta ahli melalui i-Lestari.

Jelas beliau, apa yang lebih merisaukan adalah hampir 2.6 juta pencarum atau pun 17 peratus mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000 dalam Akaun 1 masing-masing.

“Ini jelas dan nyata bahawa rakyat amat terkesan kerana penutupan ekonomi dan terpaksa mengorbankan simpanan mereka sendiri hanya untuk bertahan hari ini.

“Dengan pembukaan ekonomi (dalam PKP 3.0), peluang pekerjaan akan dapat dicipta, dipermudahkan dan berkemungkinan besar akan membantu golongan ini membina semula simpanan hari tua mereka,” ujarnya. -SM

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button