Nasional

Myocho Kan sebagai Menteri Pendidikan baharu

MYOCHO KAN, calon Bebas pada pilihan raya kecil Port Dickson lalu patut ditimbangi untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Menteri Pendidikan selepas Maszlee Malik meletakkan jawatan berkuat-kuasa esok.

Satu pertimbangam mungkin kelihatan agak pelik, tetapi tidak mustahil jika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu melakukan pembaharuan.

“Iaitu menghentikan lantikan politik tetapi lebih kepada profesional khususnya bagi kementerian pendidikan yang sangat penting,” katanya kepada Suara Merdeka.

Menurut Myocho, beliau tidak bersekutu secara politikal, oleh itu pelantikan beliau bukan bermotifkan politik.

Myocho adalah ‘arkitek’ petabiru negara AIM (Agenda on Innovative Malaysia), pengasas dan penasihat agensi-agensi dalam dan luar negara serta pakar teknikal dalam initiatif STEM antarabangsa. Beliau juga calon bebas PRK Port Dickson 2018 yang mula memperkenalkan konsep Angkatan Kuasa Ketiga (Third Force) yang tulen.

Kepakaran Myocho juga diimbangi dengan kerja dan sumbangan amal tanpa mengira bangsa dan latarbelakang. Menjadi bapa angkat kepada sekolah-sekolah turut menjadi sumbangan beliau.

(Visited 1,835 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button