Politik

Wakil rakyat DAP masuk MCA untuk dapatkan sokongan Melayu?

HEBOH seketika mengenai MCA dan DAP apabila sebuah akhbar Mandarin, China Press melaporkan terdpat ‘perpindahan beramai-ramai’ antara dua parti itu.

Bagaimanapun, perpindahan dipercayai 20 orang wakil rakyat daripada DAP kepada MCA adalah untuk mendapatkan sokongan Melayu.

DAP dikatakan mengatur percaturan menerusi beberapa perancangan mereka dan sanggup bekerjasama dengan MCA bagi memastikan kelangsungan wadah politik mereka.

“Jika benar khabar tentang ‘rancangan’ mereka ini, maka saya tidak terkejut kerana kita tahu yang parti politik Cina hanyalah wadah bagi menjayakan agenda-agenda masyarakat mereka.

” Ini merupakan rahsia yang diketahui umum atau ‘open secret’ kerana lihatlah bagaimana agenda-agenda mereka dapat dijayakan walau siapa pun yang memerintah.

“Lihatlah bagaimana mereka bersolidariti dan bersepakat dalam isu-isu kepentingan bangsa mereka walaupun berlawanan dengan undang-undang dan malah salah di segi perlembagaan sekalipun.

“Mereka akan cuba pelbagai jalan dan strategi, sama ada dalam atau luar kerajaan tanpa menggunakan alasan-alasan karut seperti ‘tidak cukup kerusi’.

“Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi percaturan politik yang strategik demi bangsa mereka walaupun perlu menukar parti. Mungkin menukar-nukar parti ini pun adalah aturan di belakang tabir di antara mereka.”

Demikian kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya, mengulas isu berkenaan dan memaklumkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon menyambut baik perkara itu.

Tambah Aminuddin, beliau tidak hairan dengan situasi tersebut kerana percaturan politik masyarakat Cina bukanlah rahsia tertutup.

Cuma, mereka bersolidariti dan terasing dengan bangsa lain kerana perbualan dan akhbar adalah dalam bahasa mereka sendiri.

” Mereka ini terlalu ‘isolated’ dalam masyarakat mereka dengan isolasi bahasa mereka tersendiri, akhbar mereka tersendiri, persatuan-persatuan mereka tersendiri dan sebagainya yang membuatkan kita terlepas pandang pelbagai perkara dan perspektif terutamanya tentang politik.

“Pastinya mereka sudah merancangkan pelan A, B, C dan seterusnya untuk menghadapi kemungkinan politik yang sangat tidak menentu pada hari ini.

“Boleh jadi pelan A adalah DAP bekerjasama dengan UMNO.

“Boleh jadi pelan B adalah untuk memperkasakan MCA kerana MCA pasti akan menang di banyak kerusi dengan menumpang ihsan orang Melayu yang setia mengundi lambang ‘dacing’, dan seterusnya. Jangan pandang rendah akan kelicikan dan ketelitian perancangan-perancangan mereka.

“Persoalannya, apakah UMNO akan teruskan kerjasama dengan MCA jika mereka hanya salin kulit dari DAP sahaja nanti (jika jadi)?

“ika UMNO membiarkan sahaja dan terus memanjakan MCA, maka ini adalah penipuan moral yang akan mengotorkan lagi lanskap politik negara.

“Akhirnya tiba pada persoalan, apakah orang Melayu perlu menolak BN?

“Takkanlah kita mahu pilih PH pula? Politikus akan mengambil kesempatan atas dilema ini dengan pelbagai cara memanipulasi dan kata-kata dusta,” ujarnya. – SM

(Visited 435 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button