Mahkamahpilihan

Kontraktor tipu projek Agro Pelancongan

Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka hari ini atas pertuduhan memperdaya pembinaan projek pembangunan agro pelancongan bernilai hampir RM1 juta, tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Shaiful Omar, 35, mengaku tidak bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperdaya Mohamad Balok, 53, untuk mempercayai dirinya akan menyiapkan projek pembangunan Agro Tourism ladang buah tin di Solok Duku Masjid Tanah dalam tempoh lapan bulan.

Mohamad yang juga pemilik ladang tin terbesar di Melaka itu menyerahkan wang berjumlah RM801,000 kepada tertuduh bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan tersebut.

BacaIsu tipu tawaran kerja antara tumpuan di Parlimen

Difahamkan, projek itu bagi tujuan pembinaan kafe dan 30 unit bilik resort dengan pembayaran dibuat secara berperingkat antara 21 November 2021 sehingga 27 April 2022.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga berdepan satu lagi pertuduhan iaitu menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dengan tidak memegang perakuan pendaftaran yang sah daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 25 (1) , Akta CIDB 1994(Akta 520) dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 29, akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor V. Somsundram yang turut mencadangkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun peguam Zulfahmi Abu Bakar memohon agar jumlah jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh menanggung keluarga selain hanya seorang kontraktor bebas dengan hasil berpendapatan yang tidak menentu.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM12,000 dengan dua penjamin bagi setiap pertuduhan selain selain bersetuju dengan syarat tambahan dan sebutan kes disebut akan didengar semula pada 18 April ini – SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button