Politik

‘Lebih banyak bantuan jika pilih PN’ adalah amalan ‘cash is king’

PENGARAH Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Fahmi Fadzil terkejut membaca kenyataan Perdana Menteri bahawa lebih banyak bantuan akan disalurkan sekiranya pengundi memilih parti Kerajaan Persekutuan pada Pilihanraya Negeri Sabah

Fahmi berkata, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin itu merupakan amalan “cash is king”.

“Dengan kata lain, kenyataan ini berniat mempengaruhi pengundi dengan tawaran: ‘undi parti Kerajaan Persekutuan, bantuan lebih banyak. undi yang lain, bantu cukup syarat sahaja.”

“Ini adalah amalan “cash is king”, yang dahulunya ditegur dan dilawan YAB Perdana Menteri sendiri. Malangnya, kenyataan beliau ini mirip apa yang beliau sendiri tegur dan lawan dahulu. Apa sudah jadi?” kata Fahmi.

Fahmi berkata, Perdana Menteri seharusnya tidak menggunakan isu bantuan untuk meraih undi.

Menurutnya, Muhyiddin harus menjadi Perdana Menteri untuk semua negeri dan semua rakyat Malaysia.

“Bukan sahaja Perdana Menteri untuk negeri-negeri yang ditadbir parti Kerajaan Persekutuan atau mereka yang mengundi parti Kerajaan Persekutuan.

“Jika beliau enggan bantu negeri-negeri pada kadar dan keperluan yang sepatutnya, saya rasa wajar beliau berundur dari menjadi Perdana Menteri,” kata Fahmi dalam satu kenyataan.

Kata beliau, rakyat Sabah berhak memilih mana-mana parti yang mereka ingini dan Kerajaan Persekutuan tiada hak untuk menafikan keputusan rakyat.

Fahim percaya rakyat Sabah cukup matang dalam menilai yang mana kaca yang mana permata.

Muhyiddin hari ini berkata, lebih banyak bantuan dan peruntukan dapat disalurkan kepada Sabah untuk dinikmati rakyat di negeri itu sekiranya kepimpinan kerajaan Negeri di Bawah Bayu sebaris dengan Kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata buat masa ini, Kerajaan Persekutuan hanya dapat memberi bantuan kepada Sabah setakat yang diwajibkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana kerajaan negeri tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita bantu tetapi bantuan itu setakat mana kita diwajibkan oleh Perlembagaan Negara, itu hak orang Sabah,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama SAHABAT Kudat di Dewan Tun Mustapha di sini hari ini._SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button