NasionalPendidikan

Lebih 8,000 guru baharu pengambilan one-off boleh buat semakan

SEBANYAK 8,120 guru baharu bagi pengambilan khas secara one-off yang berjaya dalam temuduga fasa 2 dan 3 boleh mula membuat semakan penempatan.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Jidin melalui hantaran di Favebook beliau berkata, semakan bermula semalam.

Beliau berkata, guru-guru ini akan mula melapor diri di sekolah masing-masing pada 1 Mac ini.

“Pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang adalah bagi merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.

“Kepada calon yang berjaya dipilih, tahniah dan selamat bertugas saya ucapkan,” katanya.

Radzi turut berpesan, manfaatkanlah peluang menjadi guru untuk bekerja setulus hati ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang lebih hebat.

“KPM akan terus bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik untuk mempercepatkan pelantikan dan penempatan baki pengambilan guru one-off dalam masa terdekat.

“Ini amat penting bagi menampung keperluan guru khususnya bagi sesi persekolahan akan datang,” ujar beliau.

KPM, kata Radzi akan berusaha menyelesaikan perkara yang telah lama berlarutan satu per satu.

“Teruskan memberi sokongan anda demi pendidikan generasi pewaris negara,” katanya. – SM

 

 

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button