Nasional

UPSI, UM, UKM bekerjasama perkukuh Pengajian Melayu UA

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM ) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menubuhkan Majlis Dekan Pengajian Melayu Universiti Awam yang akan bekerjasama bagi memperkukuh Pengajian Melayu di Universiti Awan.

Pengarah Institut Peradaban Melayu, UPSI, Prof, Dr Tajul Suhaizam Said, berkata dengan adanya kerjasama seperti ini, kita akan dapat berkerjasama dalam bidang pengajaran, penyelidikan, pengkormersialan dan penerbitan.

Pengarah, Institut Peradaban Melayu, UPSI, Prof. Dr. Tajul Shuhaizam Said

“Dengan kerjasama ini bidang Peradaban dan Tamadun Melayu akan dapat diperkukuhkan di Universiti Awam,” katanya.

Katanya, kerjasama dalam bidang peradaban dan tamadun Melayu juga mampu diperluaskan dalam era globalisasi.

Tajul Shuhaizam berkata, langkah ini adalah langkah awal yang penting dalam merintis kerjasama yang lebih luas dalam bidang Pengajian Melayu. Dengan kerjasama yang berterusan dan komitmen yang kukuh, Majlis Dekan Pengajian Melayu UA yang diharapkan dapat menjadi pendorong utama dalam memperkukuhkan bidang Pengajian Melayu dan memartabatkan peradaban dan tamadun Melayu dalam konteks semasa yang semakin kompleks dan mencabar.

Selain itu, kerjasama ini juga memberikan peluang untuk memartabatkan budaya Melayu dalam era digital dan globalisasi. Dalam konteks ini, penggunaan teknologi digital dapat digunakan untuk memperluas jangkauan pengajaran dan pembelajaran, serta mempromosikan warisan budaya Melayu kepada masyarakat tempatan dan dunia luar.

Menurut, Dekan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Sabzli Musa Khan, pengajian Melayu bukan sahaja tertumpu kepada bahasa, sastera dan budaya tetapi mampu merentas disiplin ilmu yang lain seperti kejuruteraan, perubahan, dan lain-lain.

Sementara itu, Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM, Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad berkata kajian dalam bidang tamadun Melayu mampu menyumbang kepada pendapatan negara melalui kebudayaan, kesenian, kraftangan dan sebagainya.

Institut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA), UKM misalnya bekerjasama dengan Telekung Siti Khadijah dengan mempatenkan corak telekung berdasarkan corak yang ada dalam manuskrip Melayu,” katanya lagi.

Caption: Prof. Madya Dr. Sabzli Musa Khan (dua dari kiri), Prof. Madya Dr. Asyaari Mohamad, (tiga dari kiri) bersama-sama dengan kakitangan Institut Peradaban Melayu, UPSI

Pertemuan yang diadakan di Hotel KSL Esplanade, Klang baru-baru ini menjadi langkah awal dalam merintis kerjasama yang lebih luas dengan seluruh Universiti Awam yang menawarkan pengajian dalam bidang pengajian Melayu.

Penubuhan Majlis Dekan Pengajian Melayu UA itu menandakan komitmen dalam mempertingkatkan bidang Pengajian Melayu dan memastikan kelestariannya dalam era yang semakin global ini.

Beliau berkata kerjasama ini membuktikan bahawa pengajian Melayu tidak hanya melibatkan aspek bahasa, sastera, dan budaya, tetapi juga merentasi disiplin ilmu lain seperti kejuruteraan, perubahan, dan tamadun.

Melalui Majlis Dekan Pengajian Melayu UA, pengajaran, penyelidikan, dan penerbitan dalam bidang pengajian Melayu dapat diperkukuhkan serta membuka pintu untuk perkongsian pengetahuan, pengalaman, dan sumber daya yang akan memperkaya bidang Pengajian Melayu.

“Harapan kita pengajian Melayu akan terus relevan, dinamik, dan memberi sumbangan yang bermakna kepada perkembangan negara, malah kerjasama erat antara universiti awam dapat memperkaya pemahaman tentang peradaban dan tamadun Melayu, serta memartabatkan kebudayaan kita dalam konteks global. -SM

Baca juga ; NCIA, Yayasan PERTRONAS dan UPSI Rai Pelajar Cemerlang SPM 2022

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button