Hiburan

Tun M ucap tahniah Siti Nurhaliza dapat anak kedua

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad turut gembira dengan kelahiran anak kedua penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza.

Ahli Parlimen Langkawi itu mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Siti Nurhaliza dan anak lelakinya dikurniakan kenaikan daripada Allah.

“Assalamualaikum Siti saya ucapkan tahniah melahirkan anak yang kedua saya harap Siti dan juga anak dikurniakan segala kebaikan oleh Allah SWT. Tahniah sekali lagi,” kata Dr. Mahathir dalam ucapan video di Facebooknya sebentar tadi.

Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua iaitu lelaki menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 6.21 pagi, hari ini.

Pihak pengurusan Siti iaitu Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd berkata, penyanyi lagu Anta Permana itu dan anak yang baharu dilahirkan berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Alhamdulillah, pada pagi Isnin bersamaan 7 Ramadan hari ini, Siti selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.84 kilogram. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat,” katanya.

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) kali kedua bagi kandungan Siti selepas kelahiran anak yang pertama iaitu Siti Aafiyah menerusi kaedah yang sama.

Siti dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.-SM

(Visited 399 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button