Nasional

Lebih 500 Rakyat Malaysia Berjaya Larikan Berkepuk-Kepuk Duit Semasa #RompakDaebak

Bermula 25 Jun hingga 10 Julai 2022, salah sebuah kediaman yang bertukar status sebagai Joint Economic Area Cawangan Malaysia sedia untuk dirompak setiap hari.

Dalam sebuah operasi yang disertai, Suara Merdeka mendapat makluman sehingga 1 Julai baru-baru ini, sudah lebih 500 rakyat Malaysia berjaya larikan berkepuk-kepuk duit.

Semuanya selepas mengambil bahagian dalam #RompakDaebak anjuran Netflix sempena tayangan Money Heist: Korea dengan tema Joint Economic Area.

Kredit Foto: smashpOp

Dalam bangunan Joint Economic Area Cawangan Malaysia, pemain akan diberi satu baju berwarna merah yang menjadi identiti unik sepanjang program berlangsung.

Ia juga memberikan feel kepada pemain untuk lebih menjiwai dan beranggapan seperti benar-benar berada dalam dunia drama yang berkait dengan Money Heist: Korea.

Kredit Foto: Lainey

Sebelum permainan bermula, pemain bersama ahli pasukan harus duduk di sebuah zon penerangan dan sesi penerangan itu akan diketuai oleh Professor sendiri.

Kredit Foto: Netflix

Untuk segmen pertama, pemain dikehendaki mencari lima topeng mewakili satu kumpulan lima orang dan setelah selesai, barulah dibenarkan ke misi yang seterusnya.

Selepas pencarian topeng, pemain akan dibawa ke satu zon hacking dan pemain perlu mencari pendrive bagi setiap seorang dan mula menjawab soalan yang disediakan.

Kredit Foto: Wan Muhd Faizul Adli

Selesai sahaja menjawab soalan, pemain dibawa ke ruangan mencetak duit. Dalam suasana bilik yang kebiru-biruan, pemain perlu mencari empat keping duit kertas dengan kod rahsia.

Kredit Foto: Daniel Cheang

Kod rahsia itu perlu dikumpul kerana ia menjadi kunci utama bagi membolehkan pasukan yang merompak boleh membuka peti besi yang mengandungi duit yang bersepah.

Kredit Foto: Shafiq Azmi

Sesi permainan ini memakan masa sekitar 30 hingga 45 minit bergantung kepada kecekapan pemain serta pasukan masing-masing dan butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 25 Jun – 10 Julai 2022
Lokasi: Joint Economic Area – Cawangan Malaysia, No. 7, Jalan Batai, Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur.
Masa: 6PM – 10PM (Hari bekerja), 10AM – 10PM (Hujung Minggu)

Ingin layan duit berkepok-kepok selepas #RompakDaebak? Berikut adalah link untuk pendaftaran di Joint Economic Area Cawangan Malaysia (KLIK LINK)!

(Visited 521 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button