Politik

Syed Saddiq puji Shahruddin letak jawatan kerana mempunyai prinsip

KETUA Armada Bersatu yang terlucut jawatan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berasa hairan dengan keputusan  Dr. Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

Menurut Syed Saddiq, Ahli Parlimen Parlimen Sri Gading itu mempunyai prinsip yang tetap dan jelas.

“Tidak ada alasan atau dolak dalih dalam menentang salah guna kuasa, politik wang dan rasa tamak pada jawatan. Mungkin keputusan beliau meletakkan jawatan ini adalah satu pengajaran besar untuk kita semua.

“Walau sebanyak mana pun tawaran jawatan, pangkat dan kuasa, rasa cinta pada negara adalah kunci kemakmuran sebenar Malaysia,” kata Syed Saddiq.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, penduduk Parlimen Sri Gading cukup bertuah kerana memilih Shahruddin sebagai pemimpin.

Syed Saddiq berkata, Dr. Shahruddin merupakan insan yang banyak mengajar dan memberi ilmu politik kepadanya.

“Apabila saya bertanding di Muar, beliau adalah Ketua Bahagian Muar yang banyak bimbing dan bantu saya.

“Kalau dulu, beliau sanggup letak jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Pagoh untuk menentang UMNO. Hari ini, beliau adalah Timbalan Menteri Kerja Raya. Ini jawatan besar. Tapi, beliau juga telah letak jawatan,” kata Syed Saddiq.

Shahruddin yang merupakan Ahli Pimpinan Tertinggi Bersatu (PPBM) meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya serta merta hari ini.

Ahli Parlimen Sri Gading itu dalam satu kenyataan akhbar mendakwa beliau melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN.

“Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14,

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh YAB Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN,” kata Shahruddin.-SM

(Visited 550 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button