NasionalNegeri

Cuma 2.4% penduduk Perlis daftar MyJPJ 2023

CUMA 2.4 peratus iaitu hanya 4, 736 daripada jumlah penduduk di Perlis telah mendaftar melalui aplikasi MyJPJ pada tahun lalu.

Para pengamal media yang menerima sijil penghargaan bergambar bersama Fatimah Mohamed Ali Piah sempena Perhimpunan Setia Bulanan JPJ Perlis di Dewan Besar JPJ di Jejawi, Arau hari ini.

Berikutan itu Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, pihaknya akan memperhebatkan lagi promosi bagi meningkatkan jumlah ini selari dengan matlamat pendigitalan JPJ.

“Kita berharap ia akan mampu mencapai sehingga 100 peratus menjelang tahun 2025,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Fatimah berkata, antaranya usaha JPJ tahun ini termasuk meneruskan lagi program Outreach bagi meningkatkan pendaftaran melalui aplikasi MyJPJ.

Katanya, banyak kerjasama dilaksanakan dengan pelbagai pihak termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), institusi pengajian tinggi dan kolej serta jabatan kerajaan.

Fatimah Mohamed Ali Piah melihat pegawainya membantu pengamal media mendaftar JPJeID di JPJ Perlis.

Katanya, pada tahun lalu sebanyak 119 program Outreach dilaksanakan di 69 lokasi.

Sebelum itu Fatimah meraikan pengamal media termasuk SUARA MERDEKA dengan pemberian Sijil Khas Pengarah JPJ Perlis atas kerjasama pada tahun lalu.

Ia diadakan sempena majlis Perhimpunan Setia Bulanan JPJ Perlis di Dewan Besar JPJ di Jejawi, Arau hari ini.

Dalam ucapan beliau berkata, JPJ Perlis telah berjaya mengutip hasil berjumlah RM30.4 juta pada tahun lalu.

Fatimah berkata, ia melibatkan Bahagian Pelesenan Kenderaan sebanyak RM13 juta, Bahagian Pelesenan Pemandu (RM 2.3 juta), Bahagian Penguatkuasa (RM 2.1 juta), Kaunter Bergerak JPJ Mobile (RM418,000), KIOS JPJ (RM6.6 juta) dan Cawangan UTC (RM6 juta).

Fatimah Mohamed Ali Piah menunjukkan lesen LKM yang boleh diakses secara digital.

Katanya, antara pencapaian JPJ di Bahagian Penguatkuasa pula telah berjaya mengeluarkan 18,156 notis saman.

“Bahagian Pelesenan Kenderaan pula mendaftar 1,819 kenderaan baharu, 7,617 bagi proses tukar milik kenderaan dan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) pula berjumlah 45,457,” katanya. – SM

BACA Raja Muda Perlis terima mengadap KP JPJ

BACA Pembaharuan lesen memandu, cukai jalan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb

(Visited 39 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button