Nasional

Lebih 4 juta penduduk telah divaksin

SEJUMLAH 4,086,087 juta rakyat Malaysia atau 12.5 peratus populasi di negara ini telah disuntik dengan dos pertama vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Daripada jumlah tersebut seramai 1,588,915 telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin yang diperlukan bagi melindungi diri daripada jangkitan virus Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 164,282 penduduk menerima vaksin mereka semalam dengan 128,400 suntikan melibatkan dos pertama dan 35,882 dos kedua.

Kuala Lumpur masih mendahului wilayah lain dengan 679,411 populasinya telah menerima dos vaksin pertama dan 141,071 menerima kedua-dua dos.

Diikuti negeri Selangor dengan 626,510 penduduknya telah mendapatkan suntikan dos pertama manakala 207,077 telah lengkap mendapat kedua-dua dos suntikan.

Sarawak masih di tempat ketiga dengan 570,994 orang telah menerima dos pertama dan 181,690 telah mendapat kedua-dua suntikan vaksin Covid-19.

Tidak ketinggalan negeri Johor yang merekodkan sejumlah 369,461 rakyatnya disuntik dengan dos pertama dan 161,082 telah lengkap menerima kedua-dua dos.-SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button