Nasionalpilihan

810 premis termasuk kilang diarahkan tutup serta merta

SEBANYAK 810 premis termasuk kilang, tapak pembinaan dan asrama penempatan pekerja diarahkan tutup serta merta kerana ingkar pematuhan operasi standard (SOP) Covid-19.
Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan tersebut diambil dalam masa seminggu operasi dijalankan.
“Saya perlu tegas dalam soal pematuhan SOP oleh premis-premis yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara ini.
“Apabila kemudahan beroperasi diberikan, sepatutnya tiada alasan untuk mana-mana premis ingkar SOP – besar risikonya terhadap keselamatan negara terutama dalam konteks penularan Covid-19,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapakn terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Jelasnya, Hamzah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP COVID-19 serta Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia telah bertungkus-lumus menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara.
“Mengenakan tindakan bukan kemahuan saya mahupun PDRM. Tetapi jika premis sendiri tidak bertanggungjawab, maka mereka perlu tanggung akibatnya,” tegasnya. -SM
(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button