Ekonomi

Lebih 300 Usahawan Sabah Sertai Program Transformasi RichWorks, Sasar Jualan RM1 Juta hingga RM10 Juta

KOTA KINABALU, 3 Julai 2025 – Lebih 300 usahawan dari seluruh Borneo telah menyertai program keusahawanan intensif 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) anjuran RichWorks Academy Sdn. Bhd., yang bertujuan membantu peserta menjana jualan antara RM1 juta hingga RM10 juta.

Program yang diterajui oleh Pengasas dan Presiden RichWorks, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman ini mengetengahkan strategi perniagaan berimpak tinggi berdasarkan pengalaman 17 tahun beliau membimbing ribuan usahawan tempatan. Menurut Azizan, pendekatan RichWorks adalah praktikal, berlandaskan kajian kes sebenar dan telah terbukti berjaya melahirkan lebih 250 jutawan menerusi program Titanium.

“Soalnya bukan boleh atau tidak capai RM1 juta, tetapi adakah usahawan itu sanggup buat apa yang perlu. Kami bukan menjual mimpi, tetapi membekalkan formula yang terbukti berkesan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kemuncak program ini adalah Inner Circle Meeting (ICM) Sabah, sesi eksklusif selama tiga hari yang menghimpunkan lebih 250 usahawan berjaya dari pelbagai industri. Mereka berkongsi strategi serta pelaksanaan sebenar untuk menembusi pasaran nasional dan membina jenama yang kukuh.

Azizan turut menekankan bahawa usahawan Borneo mempunyai potensi besar untuk bersaing di peringkat nasional, sekiranya diberikan bimbingan dan tindakan yang tepat. “RichWorks ialah rakan transformasi sebenar bagi usahawan yang mahukan hasil nyata,” tegas beliau.

Sejak ditubuhkan pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 16,000 syarikat dan menarik lebih 2 juta peserta ke lebih 2,800 acara dan seminar. Misi mereka adalah untuk membantu individu dan PKS mencapai pertumbuhan mampan dan beretika menerusi nilai teras ELEVATE.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button