Ekonomi

Lebih 30 peratus syarikat terjejas akibat krisis ekonomi pandemik Covid-19

PEMBANGUNAN Sumber Manusia Berhad (PSMB) memaklumkan lebih 30 peratus terjejas akibat krisis ekonomi yang diakibatkan oleh penularan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Dapatan itu diperoleh berdasarkan pada tahu 2020 apabila berlaku penurunan drastik dalam pembayaran levi oleh syarikat kepada PSMB.

Penurunan itu juga dikesan walaupun pemberian moratorium automatik selama enam bulan diberikan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

Situasi tersebut menunjukkan syarikat yang mempunyai lebih 10 orang kakitangan memerlukan sokongan untuk mengharungi tempoh sukar.

“Melihat perbezaan pada tahun 2020, kita melihat ada penurunan drastik dari sudut syarikat selepas moratorium enam bulan.

“Masih lagi banyak syarikat yang sedang memohon untuk melanjutkan moratorium dan kita sedang mengkaji untuk memberi pelepasan mengikut keperluan syarikat tersebut, bukannya blanket moratorium.

“Saya rasa ada penurunan sebanyak 30 peratus dari segi syarikat yang membayar levi.”

Demikian kata Ketua Pegawai Operasinya (COO), Ariff Farhan Doss kepada Suara Merdeka mengulas kesan akibat daripada pandemik Covid-19 terhadap syarikat pada tahun 2020.

Walau bagaimanapun, beliau menambah, keupayaan syarikat dilihat kembali memulih menjelang awal tahun ini sebelum PKP kali kedua (PKP2.0) dilaksanakan.

“Tetapi, dapat melihat peningkatan sejak dua bulan lalu, namun apabila PKP2.0 dilaksanakan, kita masih mengkaji kesan pelaksanaan kali kedua itu.

“Bagaimanapun, oleh kerana PKP2.0 syarikat masih boleh beroperasi, saya tidak jangka satu penurunan yang drastik tidak seperti PKP kali pertama,” jelasnya.

Namun, Ariff Farhan memberitahu, PSMB masih lagi meneliti keperluan syarikat dan kesan daripada PKP2.0 memandangkan hampir semua sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi.

Termasuklah tawaran moratorium secara bersasar kepada syarikat-syarikat yang masih lagi memerlukan kemudahan itu.

“Tetapi, dapat melihat peningkatan sejak dua bulan lalu, namun apabila PKP2.0 dilaksanakan, kita masih mengkaji kesan pelaksanaan kali kedua itu.

“Bagaimanapun, oleh kerana PKP2.0 syarikat masih boleh beroperasi, saya tidak jangka satu penurunan yang drastik tidak seperti PKP kali pertama.

“Mereka memang telah memohon secara formal, mereka juga memohon pengecualian cukai dan apabila sudah stabil, mereka akan membayar seperti biasa.

“Kita memahami, mereka bukan sengaja tidak mahu bayar, tetapi kerana keperluan yang mendesak,” ujarnya.

Untuk makluman, Akta PSMB mewajibkan syarikat yang mempunyai lebih 10 orang kakitangan membayar levi kepada PSMB sebagai faedah latihan kepada pekerja.

Jumlah levi yang dikenakan adalah satu peratus daripada jumlah gaji kakitangan dan perlu dibayar pada setiap bulan. – SM

(Visited 422 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button