Politik

Lebih 30 ahli parlimen UMNO tidak sokong Zahid

WALAUPUN 25 ahli parlimen UMNO telah menandatangani akuan bersumpah, tidak menyokong jajaran baharu politik dibawa presiden, tetapi sebenarnya jumlah mereka lebih lagi.

Jumlah 25 orang itu daripada 42 ahli parlimen UMNO belum lagi dikira menteri kabinet yang berkhidmat untuk kerajaan Perikatan Nasional.

Ini adalah kerana perhimpunan agung sebelum ini telah memutuskan tiada jajaran politik baharu iaitu menolak kerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP.

Sebelum ini Nazri Aziz yang mendakwa jurucakap kumpulan itu mendakwa telah mendapat tandatangan daripada 25 ahli parlimen UMNO yang diketuai Hishammuddin Hussein.

Nazri yang merupakan Ahli Parlimen Rengas kini dilihat bertindak membalas dendam terhadap bosnya Ahmad Zahid Hamidi kerana berasa telah dikhianati selepas menarik sokongan kerajaan yang dipimpin Muhyiddin Yassin, tetapi tidak diikuti oleh Zahid dan ahli parlimen yang lain.

Kegagalan perancangan Zahid dan penyokongnya untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin, apabila Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Malaysiakini memetik Nazri berkata,  Zahid juga meminta bantuan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim untuk mendapatkan kembali peruntukan bagi kawasannya sebanyak RM3.7 juta yang telah dipotong awal tahun ini.

Nazri berkata, peruntukan yang sepatut diterima dia dan Zahid telah dikurangkan selepas berlaku rancangan untuk menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Nazri menarik sokongan daripada PN pada Januari, namun Zahid tidak berbuat demikian.

“Yang mengecewakan saya Zahid suruh Shahidan minta RM3.8 juta itu untuk kawasan dia.

“Dia (Zahid) yang rancang untuk kita tarik sokongan, lepas tu dia tak tarik sokongan dan minta peruntukan,” kata Nazri.

Zahid pada awal Februari mendedahkan bahawa peruntukan untuk kawasannya telah dikurangkan kepada RM100,000.

Turut mengalami nasib yang sama ialah Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak, Ahmad Maslan (Pontian), Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), selain Nazri sendiri.

Hanya Nazri dan Ahmad Jazlan secara rasmi menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Shahidan juga memberitahu Malaysiakini bahawa Zahid, Najib dan Ahmad Maslan telah mendapatkan semula peruntukan mereka.

“Mereka menerima peruntukan itu, tapi mereka menerimanya lewat.

“Tetapi usaha siapa itu (untuk mendapatkan semula peruntukan mereka), saya tak nak sebut. Tidak adil untuk saya katakan,” katanya sambil menambah ia adalah “kisah lama”.

Shahidan, yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) berkata, hanya Ahmad Jazlan dan Nazri belum mendapatkan semula peruntukan mereka.

Ahli Parlimen Arau itu merupakan penyokong kerjasama Umno dan Bersatu dan dipecat sebagai pengerusi Umno Perlis oleh Zahid pada April lalu.

Perhimpunan agung UMNO pada bulan Mac lalu turut menetapkan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu menjelang pilihan raya umum ke-15.

(Visited 528 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button