Nasional

Pengerusi selamatkan kebun durian haram akui ahli DAP

PENGERUSI selamatkan pekebun durian haram di Raub, Save Musang King Alliance (Samka) Chang Yee Chin mengakui beliau merupakan ahli DAP.

Menurut Chang, dia menyertai DAP kerana ideologinya serta dilantik sebagai ahli majlis Kajang pada tahun 2018.

Chang berkata, bukan satu kesalahan sebagai seorang ahli DAP untuk membantu pekebun durian musang king terbabit.

Beliau mengulas pendedahan Najib bahawa beliau adalah ahli DAP bekas ahli majlis Kajang.

“Mantan Perdana Menteri melalui laman sosial Facebook beliau telah menyatakan bahawa saya adalah bekas ahli majlis DAP dan saya berasa ia bukan sesuatu masalah malah tertanya-tanya apa salahnya?” kata Chang dalam satu kenyataan.

Chang berkata, beliau merupakan anak jati Raub, Pahang. Dia telah meletakkan jawatan sebagai ahli majlis dan pulang ke kampung pada Februari lalu kerana kedua ibu bapanya tidak sihat.

“Saya sanggup memimpin kempen ini bukan kerana saya ahli DAP, tetapi saya serta sahabat-sahabat saya, biarpun bangsa Cina atau bangsa Melayu, kami menghadapi masalah yang sama: kerajaan berkomplot dengan korporat swasta dan merampas titik peluh serta tanah yang kami uruskan.

“Kerja keras ayah saya biarpun bapa saya akan dihilangkan dalam sekelip mata, kehidupan keluarga menghadapi risiko yang besar,” kata Chang.

Menurutnya, dalam isu tersebut dia tidak langsung berniat untuk menyembunyikan keahliannya dalam DAP.

“Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah dan tidak berniat untuk menyembunyikan fakta bahawa saya merupakan ahli DAP.

“Akan tetapi, saya berharap masyarakat boleh berfokus tentang penzaliman yang sedang berlaku atas pekebun dan RPD yang cuba merampas segala hasil titik peluh pekebun,” kata Chang.

Najib dalam satu hantaran di Facebook mempersoalkan peranan yang dimainkan oleh Chang dalam membantu pekebun haram durian di Raub, Pahang.

Selain Chang, pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang turut turun berjumpa dengan pekebun haram terbabit.

“Entah kenapa seorang ahli majlis Kajang di Selangor sedang sibuk di Raub, Pahang pula. Terang-terang dia orang DAP.

“Inilah sebab rata-rata pemimpin PH dan DAP telah masuk campur termasuk Kit Siang yang telah pun bantah kenapa syarikat usaha sama kerajaan Pahang diberi nama “Royal”.

“Ini bermakna jika pun kerajaan Pahang nak berunding, mereka bukanlah berunding dengan pekebun-pekebun durian tetapi berunding dengan DAP,” kata Najib.

Menurut Najib, selagi isu itu dipolitikan selagi itulah ia tidak akan dapat diselesaikan.-SM

 

 

 

 

 

(Visited 513 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button