Nasional

Lebih 23,000 individu pulang dari luar negara diarah jalani kuarantin wajib

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, seramai 23,590 individu yang pulang ke tanah air dari luar negara telah ditempatkan di 68 hotel dan empat Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di seluruh negara sejak 24 Julai lalu bagi menjalani proses kuarantin.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 9,162 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 66 individu lagi telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Seramai 14,362 individu pula telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

“Manakala mereka yang pulang dari luar negara ialah dari 32 negara termasuk dari Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India dan Jepun,” kata Ismail Sabri melalui satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga memberitahu, sebanyak 11 operasi sanitasi telah dilakukan meliputi lapan zon iaitu tiga di Zon Kuning dan lima Zon Hijau yang melibatkan enam negeri termasuk Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Melaka.

Operasi sanitasi ini melibatkan 45 anggota dri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 70 anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), 19 dari agensi-agensi lain, katanya.

Kata beliau lagi, 10 jentera JBPM turut terlibat dalam operasi sanitasi berkenaan. – SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button