NasionalPendidikan

TCS tawar 7 program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma

Sebagai tanda prihatin dalam bidang pendidikan, Technology College Sarawak (TCS College) telah menawarkan biasiswa kepada pelajar yang kurang berkemampuan khususnya di Sabah dan Sarawak untuk mengikuti pengajian tinggi dalam dua bidang yang disediakan.

Pengarah Urusannya, Amin Aznizan berkata, tawaran itu melibatkan program Asasi Perniagaan dan Helicopter Underwater Escape Training dalam usaha membuka peluang kepada mereka yang tidak dapat menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Menurut beliau, tawaran biasiswa tersebut membuktikan kolej yang berpengkalan di Kuching, Sarawak itu serius membasmi kemiskinan menerusi pendidikan untuk mengubah nasib anak muda pada masa akan datang.

“Apa yang kita buat adalah kita masuk ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan bagi peluang kepada mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS dengan memberikan mereka biasiswa.

“TCS College adalah yang pertama di Malaysia yang mana pelajar yang mengambil kursus Asasi Perniagaan tidak ada peperiksaan akhir di mana penilaian dilakukan sepanjang pengajian itu sendiri,” katanya yang juga Pengarah Urusan Kumpulan SOCC Holdings Sdn. Bhd. (SOCC Holdings).

Beliau ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SOCC Holdings Sdn. dan Hari Gawai baru-baru ini selepas menyampaikan tawaran biasiswa kepada pelajar terpilih oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Tawaran biasiswa turut melibatkan syarikat sekutu SOCC Holdings, SMTC Global Inc.

Mengulas lanjut, Amin menambah, TCS kini menawarkan portfolio komprehensif kursus asas, diploma dan ijazah di mana kursus-kursus direka bentuk untuk memberi peluang kepada pelajar yang memulakan kerjaya dalam dunia perniagaan dan pengkomputeran.

Tegas beliau, semua program yang ditawarkan oleh TCS diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu akreditasi pengiktirafan formal yang dianugerahkan kepada institusi pengajian tinggi yang menyediakan sijil, diploma dan ijazah mengikut piawaian yang ditetapkan.

“Terdapat tujuh program yang ditawarkan di TCS di mana program-program tersebut ialah Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Program Ijazah Sarjana Muda Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Program Sijil Asasi Kolej TCS,” katanya.

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button