KesihatanNasional

Lebih 160,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

SERAMAI 164,375 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 4.6% daripada populasi berkenaan di negara ini telah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids).

Berdasarkan laman web CovidNow, seramai 1,368,326 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.5% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, 2,862,105 individu atau 92% telah lengkap divaksinasi manakala 2,963,947 atau 95.3% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, 15,933,049 individu atau 67.7% telah menerima dos penggalak manakala 22,957,974 atau 97.6% telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,235,033 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 46,823 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 32,183 sebagai dos kedua, 10,180 sebagai dos penggalak dan 4,460 dos pertama.

Ini menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,272,251.

Sementara itu, 427 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 240 kes atau 56.2% dalam kategori 1 dan 2 manakala baki 187 kes atau 43.8% adalah kategori 3,4 dan 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 87 diikuti Kuala Lumpur (36) dan Perak (35).

Sementara itu, sebanyak 403 pesakit dibenarkan keluar semalam.

COVID-19Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 174 atau 20% daripada jumlah kapasiti.

Katil ICU melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah Putrajaya (100%) dan Selangor (55%).

Sejumlah 102 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 12% daripada keseluruhan ventilator.

Sebanyak dua kluster baharu direkodkan semalam menjadikan kluster keseluruhan setakat ini kekal 6,952 dengan 126 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.84. – SM

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button