Rencah Hidup

Video pasangan dinikahkan imam di halaman rumah tular

SEBUAH Sebuah video tersebar dalam aplikasi WhatsApp memaparkan satu pasangan dinikahkan oleh seorang imam di luar garaj sebuah rumah teres satu tingkat di satu lokasi yang tidak disebutkan.

Dalam video berkenaan yang tular di laman sosial, pengantin lelaki berkenaan melafazkan akad nikah di hadapan imam dalam jarak satu meter dengan masing-masing berada di dalam dan luar pagar garaj.

Majlis ringkas itu disempurnakan dengan diakhiri lafaz taklik pengantin lelaki.

Kebanyakan jabatan agama Islam negeri menasihatkan urusan pernikahan dan majlis perkahwinan ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan selama dua minggu sehingga 31 Mac ini berakhir.

Hari ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan urusan berkaitan permohonan kebenaran berkahwin dan majlis akad nikah sehingga hujung bulan ini.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata langkah itu diambil berikutan beberapa penolong pendaftar perkahwinan atau jurunikah disyaki mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19.

“Semua urusan berkaitan permohonan kebenaran berkahwin dan majlis akad nikah hendaklah ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.

”Keputusan ini dibuat setelah dikenal pasti terdapat beberapa penolong pendaftar perkahwinan atau jurunikah perlu menjalani tempoh kuarantin kerana disyaki kontak rapat kepada individu positif COVID-19 ketika menjalankan akad nikah,” katanya dalam satu kenyataan. – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button