Uncategorized

Lebih 13 juta rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin

LEBIH 13 juta populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JVJAV) sejumlah 13.022 juta penduduk atau 55.6 peratus daripada populasi dewasa telah disuntik dengan dua dos vaksin Covid-19.

Sebelum ini kerajaan telah memberikan beberapa kelongaran bersosial dan menjalani kegiatan ekonomi kepada individu yang lengkap menerima dua dos vaksin.

Labuan masih merekodkan wilayah tertinggi populasi lengkap menerima dua dos vaksin iaitu 90.6 peratus.

Diikuti Sarawak (84.6 peratus), Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (83.8 peratus), Negeri Sembilan (71.3 peratus dan Perlis (61.4 peratus).

Empat negeri mencatatkan lebih 40 peratus populasi dewasa telah lengkap mendapatkan dua dos vaksin iaitu Pulau Pinang (45.4 peratus), Melaka (45.3 peratus), Terengganu (41.8 peratus), Pahang (41.3 peratus) dan Perak (40.7 peratus).

Manakala negeri yang lain mencatatkan lebih 30 peratus populai dewasa telah lengkap menerima dua dos suntikan iaitu Johor (74.4 peratus),Kedah (37.3 peratus), Kelantan (36.0 peratus) dan Sabah (30.1 peratus).

Sementara itu sejumlah 18.258 juta orang dewasa pula telah disuntik satu dos vaksin yang merangkumi 78 peratus populasi dewasa du negara ini.

Kesemua negeri mencatatkan lebih 50 peratus penduduk dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

JKJAV turut melaporkan sejumlah 441,100 dos vaksin diberikan semalam meliputi 127,555 dos pertama dan 303,545 dos kedua.-SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button