KebakaranNasionalNegeri

Pemangku Raja ziarah mangsa rumah terbakar

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi mangsa rumah terbakar di Kampung Pida 3, Semut Gatal, Tambun Tulang, Arau, semalam.

Baginda berharap Ramli Bakar dan sekeluarga kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan di bulan Syawal ini.

Ku Chik memberikan sumbangan kepada Ramli sambil disaksikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Pada kejadian kebakaran yang berlaku pada sekitar pukul 4 petang pada Isnin lepas (1 Mei) telah menjejaskan keseluruhan struktur rumah berkenaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berwajib.

Pemangku Raja telah berkenan menyampaikan sumbangan bantuan awal bencana bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM700.

Tuanku Syed Faizuddin Putra memberikan sumbangan MAIPs kepada Ramli di Tambun Tulang, Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyaksikan penyerahan bantuan bencana dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berjumlah RM5,700 yang disampaikan oleh Pengarahnya, Ku Chik Ku Md Isa.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan untuk baikpulih kediaman yang terjejas tertakluk kepada segala garis panduan yang telah ditetapkan. – SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button