Auto TravelBerita Auto

Lebih 120 Corvette C8 baharu bakal dilupuskan oleh GM

KIRA-KIRA 122 Chevrolet Corvette Stingrays C8 serba baharu telah musnah selepas puting beliung melanda Loji Pemasangan Bowling Green pada 10 Disember lalu.

Dilaporkan bahawa pengedar Chevrolet di seluruh Amerika Syarikat baru-baru ini menerima berita bahawa lebih daripada 120 Corvette yang berada di dalam kilang ketika kejadian puting beliung telah rosak dan tidak dapat dibaiki, dan lebih menyedihkan kesemua kenderaan yang terkesan itu akan dilupuskan.

Dalam laporan tersebut tidak jelas apa kerosakan yang mereka alami tetapi Pusat Tindakan Corvette menyatakan bahawa terdapat kebakaran di loji itu disebabkan oleh saluran bahan api yang pecah.

Kemungkinan lebih banyak lagi model Corvette baharu akan dilupuskankan. Laporan menyatakan bahawa kereta yang diletakkan di luar kilang dalam proses menunggu penghantaran masih diperiksa untuk sebarang kerosakan dan tidak akan dihantar sehingga penilaian kerosakan penuh selesai.

Pemilik kenderaan yang musnah akibat putting beliung tersebut akan dihubungi oleh pihak pengedar mereka dan perlu membuat pesanan semula untuk tempahan model tersebut kelak. – SM

 

(Visited 433 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button