JenayahNasional

Lelaki ditahan tumbuk anggota polis

SEORANG lelaki ditahan kerana menumbuk dua anggota polis yang mahu menjalankan pemeriksaan terhadapnya di Taman Sri Manja, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua anggota polis itu yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah bermotosikal cedera di bahagian tangan serta badan, manakala suspek berusia 26 tahun terbabit cedera ringan akibat pergelutan.

“Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, anggota menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan yang meminta mereka menjalankan pemeriksaan ke atas suspek dalam sebuah kenderaan di kawasan perumahan berkenaan.

“Bertindak atas aduan, anggota mengarahkan suspek keluar dari kenderaan untuk pemeriksaan badan. Suspek tiba-tiba merangkul leher seorang anggota dari belakang, lalu menumbuk muka dan perut anggota itu.

“Rakan setugasnya yang datang untuk meleraikan suspek turut ditumbuk di bahagian muka. Suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan ketika ditahan,” katanya.

Fakhrudin berkata, semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif dadah.

Katanya, suspek direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan. – HARIAN METRO – SM

 

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button