Politik

Hannah Yeoh sambut baik penarikan semula saman Kamarul Zaman

AHLI Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyambut baik keputusan Kamarul Zaman Yusoff iaitu bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Ismail Sabri yang menarik balik saman fitnah dikemukakan terhadapnya pada tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan itu dalam hantaran di Facebooknya semalam berkata, penarikan semula saman itu dilakukan Kamarul Zaman melalui notis pemberhentian di mahkamah pada 30 Jan lalu.

“Saya mengalu-alukan keputusan Kamarul Zaman Yusoff untuk menghentikan proses tuntutan saman fitnah terhadap saya atas dakwaan hantaran ‘fitnah’ di Facebook pada 2020.

“Beliau telah memfailkan notis pemberhentian di mahkamah dengan kos berjumlah RM5,000 yang perlu dibayar kepada saya, tanpa kebebasan untuk memfailkan semula,” katanya.

Yeoh berkata, beliau menyambut baik keputusan itu dan ingin melupakan isu berkenaan.

Kamarul Zaman pada September 2020 memfailkan saman sivil kepada Yeoh atas hantaran di media sosial disusuli dengan tuntutan pembelaan oleh Yeoh pada tahun berikutnya.

Kamarul Zaman Yusoff

Tindakan saman Kamarul Zaman bermula semasa pilihan raya negeri Sabah apabila Yeoh dikatakan: “Menggunakan agama untuk memenangi pilihan raya negeri?” selepas Yeoh menyiarkan sepanduk kempen yang memaparkan perkataan “Peranan umat Kristian dalam pembangunan negara.”

“Saya kemudian memberi reaksi dengan mendakwa ahli akademik itu sengaja mempermainkan sentimen perkauman dan agama.

Yeoh berkata, tindakan menarik semula saman yang dilakukan Kamarul pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu bukan sahaja tepat pada masanya malah membuktikan beliau tidak menggunakan sentimen keagamaan dalam kempen politiknya.

“Sekarang setelah kes ini ditarik semula, saya harap perkara ini berakhir dengan baik. Terima kasih tidak terhingga kepada peguam saya Sangeet Kaur Deo atas segala usahanya,” katanya.

Bagaimanapun Yeoh berkata, tindakan saman beliau terhadap Kamarul Zaman berkaitan dakwaannya mengenai kandungan buku tulisan Yeoh, Becoming Hannah akan diteruskan. – SM

Artikel berkaitan > Pensyarah mahu saman Hannah Yeoh

 

 

 

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button