Nasional

Lebih 100,000 Keluarga Malaysia meriahkan Majlis Rumah Terbuka PM semalam

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kehadiran pengunjung sangat luar biasa pelbagai latar belakang ke Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri semalam bersama-sama menyambut Aidilfitri di Seri Perdana semalam jelas menunjukkan perpaduan Keluarga Malaysia.

Beliau berkata sambutan rumah terbuka kali ini lebih meriah kerana majlis itu tidak dapat diadakan sejak dua tahun lalu berikutan sekatan pandemik Covid-19.

“Inilah istimewanya Keluarga Malaysia, semua bersatu tanpa mengira kaum.

“Aidilfitri disambut oleh seluruh rakyat Malaysia, selain perayaan lain dan hari ini, semua yang hadir di sini mewakili kaum masing-masing,” katanya sambil menambah program rumah terbuka itu mampu menyatukan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri berkata demikian dalam temu bual dengan stesen televisyen tempatan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri di sini pada Ahad.


Bertemakan “Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri”, ini merupakan rumah terbuka pertama yang dianjurkan oleh Ismail Sabri selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos 2021.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan yang dihoskan oleh Ismail Sabri dan anggota Kabinet beliau.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan yang dihoskan oleh Ismail Sabri dan anggota Kabinet beliau.

Disebabkan sekatan pandemik Covid-19, rumah terbuka tahunan tidak dapat diadakan selama dua tahun. Kali terakhir ia diadakan pada 5 Jun 2019 di Seri Perdana dan dihoskan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-menteri pada semalam bermula 9.30 pagi dan dilanjutkan sehingga jam 6.00 petang.

Sementara itu, Ismail Sabri turut menyeru orang ramai supaya bermaaf-maafan antara satu sama lain, sempena bulan Syawal.

“Memaafkan bukan sekadar kata-kata tetapi kesilapan tidak boleh diulang, gunakan bulan ini untuk mengeratkan ikatan,” katanya.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan pulang ke destinasi masing-masing selepas menyambut cuti Aidilfitri.

“Saya percaya jalan raya sesak dan mungkin ada yang mengantuk. Sila pastikan badan segar sebelum memulakan perjalanan. Jika penat atau mengantuk, lebih baik berhenti dahulu dan tidur sebentar dan jangan paksa diri untuk memandu kerana ia hanya membahayakan diri sendiri,” katanya. – SM

Baca juga artikel ini > PM jemput Keluarga Malaysia ke Rumah Terbuka Aidilfitri Bera

(Visited 13 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button