Nasionalpilihan

Lebih 10,000 pengunjung hadir acara Keretapi Sarong dengan pakaian serba klasik!

Keretapi Sarong mendapat sambutan orang ramai, lebih 10,000 ribu pengujung yang hadir di pusat beli-belah terkenal Pavilion, Kuala Lumpur.

Objektif pesta ini adalah untuk mengurangkan pencemaran bahan api, dimana peserta dikehendaki menaiki stesen Lrt atau mrt yang terdekat dan berkumpul.

Peserta juga perlu mengenakan pakaian mengikut tema seperti batik atau pelikat yang menjadi symbol kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia.

Selepas itu aktiviti suai kenal dan persembahan akan diadakan di setiap stesen yang telah ditetapkan.

Kemudian dikuti ke acara kemuncak, secara beramai-ramai menaiki lrt dan seterusnya jalan ke Pavilion berkumpul bersama orang ramai.

Acara kemuncak pula, orang ramai akan menari bersama melalui jonget lambak dan turut menyanyikan lagu patriotik bersama bagi meriahkan acara.

Menurut pengajur Samsul Baharin, dia sangat terkejut dengan sambutan orang ramai kira-kira 10,000 ribu peserta yang menyertai anjuran pesta Keretapi sarong.

“Pesta ini idea bermula dari London, dimana pelajar dari sana dan rakyat Malaysia yang berada di sana memulakan, kemudian saya berbincang bersama rakan saya, untuk mulakan pesta ini di Kuala Lumpur pula”
“Pastinya pada tahun akan datang kemungkinan pihak Locco akan mengadakan pesta bergini sebagai acara tahunan namun apabila melihat ramai penyertaan seperti ini mungkin akan adakan di stadium” katanya.

Pada tahun sebelum ini pesta ini cuma 100 sehingga 300 peserta sahaja yang menghadiri, kemudian dengan kerjasama prasarana dan pihak berwajib pesta ini mendapat sambutan hangat.

(Visited 380 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button