Nasional

Rakyat Sudah Bising Kerana Dianggap Menyusahkan, Isu RFID Perlu Diselesaikan!

KUALA LUMPUR – PLUS dan syarikat Touch N Go perlu segera menyelesaikan semua masalah membabitkan penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch n Go dan smart tag supaya ia tidak menyusahkan pengguna jalan raya, sekali gus mengelak berlaku kesesakan lalu lintas atau kesesakan di pondok tol di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementerian itu sudah memanggil pihak PLUS dan juga Touch N Go untuk memastikan supaya semua isu berhubung kait dengan pelaksanaan RFID dapat diselesaikan secepat mungkin.

”Pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi RFID adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi PLUS, dengan RFID dibekalkan oleh syarikat Touch N Go.

”Ini merupakan projek rintis dengan sebelum ini RFID untuk kawasan dalam bandar sudah pun dilaksanakan, manakala sekarang PLUS melaksanakan di peringkat Lebuhraya
Utara Selatan. Memandangkan ia merupakan projek rintis, maka ada berapa perkara yang mereka terpaksa lalui dan ianya akan selesaikan.

”Di peringkat kementerian kita akan terus memantau dan memastikan pihak PLUS dan Touch N Go menyelesaikan apa sahaja isu yang berhubung kait dengan penggunaan Lorong RFID itu.

“Bukan sahaja RFID, malahan Smart Tag dan sebagainya supaya apa juga aduan daripada orang ramai diambil serius,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Fadillah, RFID hanya projek rintis, bermakna hanya satu daripada lorong tol dipasang RFID.

Yang lain masih ada SmartTag dan Touch N Go.

Walaupun transaksi tol RFID telah beroperasi namun pengguna masih mempunyai pilihan untuk menggunakan lorong transaksi melaui kad Touch N Go dan juga lorong Smart Tag.

Mengenai aduan dan rungutan orang ramai membabit RFID, Fadillah berkata, kementerian itu telah pun meminta pihak Touch NGo dan PLUS supaya memberi penjelasan kepada orang ramai dan mencari penyelesaian terbaik terhadap apa juga isu berbangkit.

Untuk rekod, projek rintis RFID bagi sistem tertutup di Lebuhraya PLUS telah dilaksanakan di jajaran Hutan Kampong – Sungai Dua bermula 22 Julai 2020 sehingga 30 Oktober 2021.

Pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) telah dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di PLUS bermula jam 10 malam pada 15 Januari 2022.

(Visited 666 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button