Rencah Hidup

Lebih 1,000 kenderaan terima minyak percuma sekitar Lembah Klang

LEBIH 1,000 pengguna jalan raya dianggarkan menerima agihan minyak bernilai RM50,000 secara percuma buat orang ramai terutama golongan memerlukan di sekitar Lembah Klang, hari ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, agihan tersebut merupakan inisiatif mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika ramai didapati agak tertekan dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barangan.

“Kami berharap pengagihan minyak ini di lima stesen minyak terlibat sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka.

“Usaha ini juga mendapat kerjasama selebriti seperti Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad) dan AG Azmeer serta pempengaruh, DD Chronicle yang juga prihatin kepada situasi dihadapi kebanyakan masyarakat masa ini,” katanya ketika dihubungi dari Atlanta, Amerika Syarikat semalam.

Lima stesen minyak terlibat adalah di Klang, Kota Damansara, Shah Alam, Bangsar dan Ampang.

Radz menambah, sedekah Jumaat itu juga serentak dengan program Nak Ubah Hidup: Kejayaan Bisnes dan Wang 2023 yang baharu dilancarkan dan bakal dikendalikan Azizan pada 4 hingga 6 Februari nanti.

“Azizan turut umumkan ‘50,000’ tiket percuma dalam tempoh 72 jam bagi membantu dan menyokong masyarakat terutama usahawan mengharungi isu dan cabaran sedia ada dan mendatang.

“Selepas tamat tempoh tiket percuma itu, ia akan dijual yang mana Nak Ubah Hidup merupakan program secara fizikal bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC),” ujarnya.

Jelas Radz, meskipun dikatakan 2023 akan lebih mencabar dan berlakunya kemelesetan ekonomi dunia, masyarakat khususnya usahawan tak boleh leka dan perlu persiapkan diri.

“Sekitar tiga minggu lagi, kita akan masuk ke tahun baharu dan inilah sebenarnya masa untuk masyarakat bersedia.

“Misi kami turut nak menaikkan pendapatan rakyat dengan berniaga dan meningkatkan jualan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web nakubahhidup.com.

Artikel berkaitan > Sandiaga lancarkan kerjasama RichWorks bimbing usahawan Indonesia

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button