Nasional

Kartel tender RM3.8 billion: Pegawai kanan agensi kerajaan ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek yang ditumpaskan semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai juru ukur bahan gred 48 dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan Bill of Quatity (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan agensi terbabit.

“Beliau dipercayai telah menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek-projek kepada ketua sindiket untuk memudahkan penyediaan dokumen-dokumen tender.

“Penahanan ke atas pegawai terbabit dibuat lewat malam semalam di rumah beliau di Ampang,” katanya.

Jelasnya, hasil risikan mendapati beliau menerima rasuah sebanyak RM300,000.00 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.

Malah, setakat ini sebanyak empat kali pembayaran dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.2 juta telah dibayar kepada beliau.

“Siasatan masih berjalan dan dipercayai lebih ramai akan ditahan berhubung kes ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan ini namun enggan mengulas lanjut. -SM

(Visited 934 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button