Jenayah

Lebih 100 PATI ditahan di sempadan Malaysia-Thailand

Lebih 100 pendatang tanpa izin temasuk tekong darat ditahan dalam tempoh beberapa bulan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand, berdekatan daerah Tumpat.

Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Ab Rashid Mat Daud berkata kesemua pendatang tanpa izin itu dibawa masuk ke negara ini melalui lorong-lorong tikus dan pangkalan haram yang terdapat di daerah berkenaan.

“Dengan tangkapan ini pihak kami tidak menafikan ada warga tempatan menjadi tekong darat atau tali barut yang membawa masuk warga asing ini,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Op Bersepadu  COVID-19 di sekitar daerah Tumpat, di sini, hari ini.

Op Bersepadu itu melibatkan kerjasama daripada Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan dan Majlis Daerah Tumpat dengan memberi tumpuan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Ab Rashid berkata pihaknya memandang serius kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin ke negara ini terutamanya ketika negara dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

“Mereka (warga tempatan) akan dibawa ke muka pengadilan sekiranya terlibat dengan kegiatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung,” tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan 70 kompaun kepada mereka yang tidak mematuhi SOP antaranya tidak memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam yang sesak.— BERNAMA
(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button