Politik

Tanding Bebas, Hafis dipecat dari POM

Jawatankuasa Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu (POM) Pusat telah menggugurkan Sdr. Mohamed Hafis Bin Baharuddin yang mendaftarkan diri untuk bertanding sebagai calon ‘bebas’ di DUN Sikamat, Seremban pada pagi tadi.

Pihak kami memandang serius ke atas pendirian beliau untuk bertanding sebagai calon ‘bebas’ yang juga bakal menentang calon PN pada PRN ini.

YABhg Tun Dr Mahathir Bin Mohamad secara rasmi telah mengarahkan semua pemimpin-pemimpin Proklamasi Orang Melayu untuk terus menyokong calon-calon PN pada PRN ini kerana tidak mahu undi orang-orang Melayu pecah dan akhirnya keputusan kemenangan memihak pada calon-calon PH.

Pendirian Proklamasi Orang Melayu amat tegas dan walaupun pemimpin-pemimpin kami gagal untuk mendapatkan sebarang kerusi di bawah PN namun mempunyai satu matlamat penting bersama PN untuk kalahkan semua calon-calon PH yang bertanding di enam negeri-negeri yang terbabit dengan PRN kali ini.

Dalam ertikata yang lain, kami mahu menjaminkan agar pertandingan kali ini berteraskan ‘satu lawan satu’ di antara PN dengan PH-UMNO.

Dalam masa yang sama, pihak kami amat kecewa dengan sikap yang dipamerkan oleh Sdr. Mohamed Hafis Bin Baharuddin yang enggan patuh pada nasihat YABhg Tun Dr Mahathir Bin Mohamad serta prinsip konsensus Proklamasi Orang Melayu.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sdr. Mohamad Jani Bin Ismail telah dipilih sebagai Ketua Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu peringkat Negeri Sembilan berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan beliau.

Akhirkata, kami amat kesali dengan dengan mana-mana pemimpin-pemimpin Proklamasi Orang Melayu yang mengengkari nasihat YABhg Tun Dr Mahathir Bin Mohamad serta prinsip mahupun pendirian Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu Pusat untuk terus menyokong semua calon-calon PN.

Segala kerumitan yang tidak disengajakan disudahi dengan jutaan maaf dan salam perjuangan buat semua rakan-rakan yang bertanding pada PRN ini termasuk keseluruhan jentera-jentera PRN yang menyebelahi PN.

Yang Ikhlas,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Pengerusi

Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu

29 Julai 2023

(Visited 1,001 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button