Nasional

Lawatan rasmi sehari PM ke Kemboja banyak manfaat

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlepas ke Phnom Penh semalam dalam lawatan rasmi sulung sehari ke negara Kemboja menzahirkan rasa puas hati kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau serta antarabangsa dengan rakan sejawatannya, Hun Sen.

Lawatan rasmi Perdana Menteri adalah bagi memenuhi undangan Perdana Menteri Kemboja itu.

Ketibaan Anwar disambut oleh Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Othsman Hassan selaku Menteri Pengiring mewakili Kerajaan Kemboja.

Turut sama dalam lawatan Anwar ke Kemboja ialah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Dengan lawatan rasmi ini, hubungan yang terjalin di antara Malaysia-Kemboja sejak 66 tahun lalu dapat diperkukuhkan selain membincangkan kerjasama dua hala yang berkepentingan secara bersama.

Sementara itu, Anwar berkata, isu ketegangan di Myanmar yang dibangkitkan oleh Hun Sen lebih sesuai dibincang dan dirundingkan di peringkat ASEAN.

Menurut beliau, ini kerana isu di Myanmar itu adalah politik dalaman negara berkenaan dan ASEAN merupakan platform terbaik untuk membincangkannya sebagai satu pasukan.

Dalam lawatan rasmi tersebut, Anwar turut berkesempatan menghadap Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni di Istana Diraja Kemboja selain mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat Kemboja, Say Chhum dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja, Heng Samrin. – SM

BACA Sempat hadiri beberapa mesyuarat, lawatan PM ke Arab Saudi positif – Anwar Ibrahim

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button