fbpx
Nasional

Rembau sub-kluster baharu COVID-19, lawat saudara sakit jadi punca

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah mengesan sub-kluster jangkitan COVID-19 di Rembau, Negeri Sembilan yang telah menjangkiti 27 orang dan dua daripada mereka dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sub-kluster tersebut bermula apabila seorang kakitangan sebuah sekolah di Rembau menghadiri perhimpunan keagamaan di Seri Petaling.

Ia kemudiannya merebak kepada guru-guru dan seterusnya menjangkiti saudara mara yang datang menziarahi mangsa-mangsa yang sedang sakit dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 adalah positif bagi beberapa guru di sebuah sekolah. Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan.


“Ianya dihadiri oleh kes kes indeks ke-448 uang merupakan salah seorang peserta perhimpunan di Seri Petaling.

“Siasatan mendapati terdapat aktiviti kunjung mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat walaupun negara kini adalah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurutnya, guru-guru dan kakitangan sekolah yang dijangkiti seterusnya menjangkiti ahli keluarga mereka dan penduduk kampung sehingga melibatkan tiga generasi jangkitan.

Sementara itu BERNAMA melaporkan Dr. Noor Hisham berkata, ia merupakan satu kluster yang melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya di beberapa lokaliti dalam daerah berkenaan iaitu Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar.

Beliau berkata setakat 12 tengah hari ini, terdapat 27 orang dikenal pasti positif COVID-19, termasuk dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 adalah positif bagi beberapa guru di sebuah sekolah.

“Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan di mana ia dihadiri kes indeks (kes ke-448) yang merupakan seorang peserta perhimpunan di Sri Petaling” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa guru dan kakitangan sekolah itu yang positif COVID-19 telah menjangkiti ahli keluarga mereka serta penduduk kampung sehingga menyebabkan tiga generasi jangkitan.

“Siasatan juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat, walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan jumlah kes jangkitan terbaharu daripada kluster Itali adalah seorang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 41 kes.

Beliau berkata kes jangkitan persidangan gereja di Kuching pula mencatatkan peningkatan sebanyak 24 kes; kluster tabligh sebanyak 25 kes; manakala kluster kenduri di Bandar Baru Bangi mencatatkan pertambahan dua kes, hari ini.

Mengulas mengenai 69 kes sporadik yang dikesan, beliau berkata terdapat kemungkinan kes itu mendapat jangkitan daripada komuniti.

“Kemungkinan kes-kes tersebut dijangkiti virus itu daripada komuniti. Terdapat pelbagai kluster di sini, jadi mungkin 69 kes itu mendapat jangkitan daripada komuniti,” katanya.

Menurutnya, beberapa guru dan kakitangan sekolah itu yang positif COVID-19 telah menjangkiti ahli keluarga mereka serta penduduk kampung sehingga menyebabkan tiga generasi jangkitan.

“Siasatan juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat, walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan jumlah kes jangkitan terbaharu daripada kluster Itali adalah seorang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 41 kes.

Beliau berkata kes jangkitan persidangan gereja di Kuching pula mencatatkan peningkatan sebanyak 24 kes; kluster tabligh sebanyak 25 kes; manakala kluster kenduri di Bandar Baru Bangi mencatatkan pertambahan dua kes, hari ini.

Mengulas mengenai 69 kes sporadik yang dikesan, beliau berkata terdapat kemungkinan kes itu mendapat jangkitan daripada komuniti.

“Kemungkinan kes-kes tersebut dijangkiti virus itu daripada komuniti. Terdapat pelbagai kluster di sini, jadi mungkin 69 kes itu mendapat jangkitan daripada komuniti,” katanya. -SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button