Nasionalpilihan

1,000 penduduk PPR Kampung Muhibbah terima vaksin – Annuar Musa

SEBANYAK 1,000 penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah menerima vaksin menerusi Projek Rintis Trak Bergerak MYMedic@Wilayah hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, keutamaan juga diberikan kepada individu yang telah didaftarkan terutamanya warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

“Sebanyak dua unit trak vaksin bergerak MYMedic@Wilayah digunakan dengan setiap trak mempunyai kapasiti 500 dos vaksin.

“Proses vaksinasi yang dijalankan bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang yang dijadualkan selama sehari, dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

Menurut Anuar Musa, Projek Rintis Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah pada hari ini adalah hasil kerjasama strategik Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutan (YWP).

Ujar beliau, pelaksanaan program ini merupakan antara tujuh Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 untuk
memastikan 80 peratus warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selesai divaksinasikan
pada penghujung Ogos 2021.

Beliau turut berharap matlamat utama program vaksinasi ini dapat membolehkan warga Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur mendapat akses untuk vaksinasi Covid-19 dengan lebih pantas
dan seterusnya mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan komuniti. -SM

(Visited 431 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button