PembacaRencah Hidup

Latihan industri wajar diteruskan walaupun dalam PKP

SURAT PEMBACA

Oleh: Ts. Muhamad Huzaimi Abdul Ghafar

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac tahun lepas mengakibatkan hampir semua aktiviti sosial dan fizikal tergendala.

Ia secara tidak langsung menjejaskan aktiviti Latihan Industri di kalangan pelajar tahun akhir Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara.

Pada awal fasa pertama pelaksanaan PKP iaitu sekitar Mac hingg Jun, ada di antara IPT terpaksa menangguhkan penempatan pelajar untuk LI.

Umum mengetahui LI merupakan syarat yang ditetapkan MQA bagi memboleh pelajar IPT bergraduasi dengan minimum sekurang-kurangan tempoh 10 minggu.

Oleh itu dengan penangguhan yang dilakukan sebelum ini ia sekaligus mengakibatkan tempoh pengajian pelajar terpaksa ditambah.

Namun, selepas hampir setahun sektor ekonomi negara mengamalkan cara kerja dari rumah (WFH) ia memberi peluang kepada pelajar IPT merasai pengalaman berkenaan semasa pandemic ini.

Pada pendapat saya LI wajar diteruskan walaupun dalam tempoh PKP ini kerana ia memberi peluang kepada pelajar tahun akhir yang bakal memasuki alam pekerjaan merasai persekitaran cara kerja WFH.

Syarikat saya turut tidak terkecuali dalam memberikan peluang kepada pelajar IPT merasai pengalaman dan penempatan LI secara norma baharu. Sepanjang tempoh PKP kami menawarkan penyeliaan industri secara atas talian.

Apa yang saya lihat di sini, kesemua pelajar tahun akhir di IPT tidak kekok dengan budaya kerja norma baharu ini. Mungkin mereka sudah terbiasa dengan pembelajaran secara dalam talian di kampus.

Semua latihan dan tugasan praktikal sepanjang tempoh LI dikendalikan serta dilaksanakan secara maya, malah kami menggunakan platform tele-sidang (Zoom Cloud Meeting) sebagai medium komunikasi.

Apa yang boleh saya katakan ia secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada mahasiwa yang bakal bergraduan tidak lama lagi selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MKN.

Pada semester lepas saya menempuh pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang menjadi penyelia industti apabila salah seorang pelajar saya tepaksa dimasukkan ke Maeps kerana dijangkit Covid-19.

Pada ketika saya bersyukur kerana melaksanakan penyeliaan latihan industry secara norma baharu. Sekurang-kurangnya syarikat kami dapat mengurangkan jangkitan Covid-19 dikalangan pekerja lain.

Ts. Muhamad Huzaimi Abdul Ghafar merupaka Ketua Pengawai Eksekutif Iqra Team Solution.

(Visited 547 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button